Siapa dia itu?
sesiapa sajalah tidak perlu secara detail menyebut namanya cukuplah dengan memuji kebaikannya sahaja.
tapi dengan kehadirannya membuat diri ini menjadi tenang
banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.
cerita suka duka dalam menempuh hidup di dunia ini.
tidak salah untuk berkongsi mungkin melaluinya boleh menyelesaikan masalah yang timbul
Hidup di dunia ini hanya sementara kadang hidup dan kadang mati
begitulah lumrahnya setiap hari yang di lalui
Insan ini muncul untuk memberi ilmu yang memang tidak wujud dalam mindaku
tapi ilmu ini amat bermanfaat untuk jalani hidup
Mungkin aku bertuah dengan kehadiran si dia ini, bukan hari ini tetapi sudah sekian lame
Tiada apa yang ku mahu darinya melainkan curahan ilmu padaku serta bimbingan ikhlas
darinya untukku.
Aku berdoa agar diri ini akan sentiasa berada dalam keberkatan dan mencari nilai hidup yang sebenar
ku harap insan ini akan sentiasa memberi satu semangat untukku bertatih dalam mengharungi
pelbagai macam dugaan dan ujian dalam hidup.
Semoga insan insan ini juga selalu berbahhagia di dalam hidupnya yang dicari.
Sunday, 25 December 2011
Sunday, 23 October 2011
Relationships
When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you trough a difficulty, to provide you with guidance and support to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a goodsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then without any wrong doing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Somettimes they walk away. Some times they act up and force you to take a stnd. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.
Friday, 9 September 2011
How To Stay Happy
1.Throw out nonessential numbers.This include age,weight and height.Let the doctors worry about them this is why you pay them.
2.Keep only cheerful friends.The grouches pull you down.
3.Keep learning.Learn more about the computer,art,history,gardening whatever! Never let the brain get idle."An idle mind is the devil's workshop."
4.Enjoy the simple thing.
5.The tears happen endure,grieve. Then go on. The only person who is with us our entire life is our life.Live while you are alive.Those who loved you but are gone will understand and applaud!!
Asam di darat Ikan di Laut
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Kalau turut makrifat iman
Tidakkah air mungkin bercantum
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin muafakat.
Thursday, 8 September 2011
Jodoh Kita
1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Tuesday, 6 September 2011
Tabahkan Diri
Bagaimana mahu tabah jika diri selalu diuji
bagaimanakah
aku menjadi takut setiap kali diuji
lalu aku berfikir sejenak jika aku selalu diuji bermakna Tuhan mahu melihat
setebal mana ketabahan yang ada dalam diriku
Sebenarnya aku adalah insan yang amat beruntung kerana ujian Tuhan
lebih mendekatkan diriku padaNya
sesuatu ujian yang datang bertalu-talu itu
ada hikmah di sebaliknya
kerna kita tidak tahu bahawa ada sesuatu yang lebih baik Tuhan sediakan di
hari-hari depan kita
Sungguh kita tidak tahu kerna kita insan yang lemah tidak dapat meneka
apa yang mungkin terjadi di hari kemudian
Tuhan itulah sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya
biar ujian datang melanda dan jangan cuba mengeluh kerna detik waktu itu
Tuhan sedang menguji hambaNya
jadikan ujian ini sebagai penguat hidup kerna ada sesuatu yang terbaik
bagi kita yang disediakan olehNya
Tabahkan diri dan hayatilah segala yang berlaku dengan dengan keinsafan

Perubahan Terbaik
Lahirnya insan di dunia ini dalam keadaan yang suci dan bersih
siapakah yang mencorak dan membentuk diri ini jika bukan diri sendiri
mengapa sanggup mengubah dari yang suci kepada yang keruh
sudahlah dan cukup-cukup lah
kembali semula ke pangkal jalan hiasi diri dengan peribadi yang mulia
masih belum terlambat andai diri terlintas untuk berubah
biar bina hidup baru yang lebih sempurna dan ada redha dari Tuhan
Carilah kawan atau insan bertaqwa agar diri berpusing ke jalan yang lurus
sesungguhnya yang buruk dibaiki,yang baiki itu bertambah baik
bersinarlah hidup jika selalu menuju jalan yang mulia
niatkan di dalam hati untuk menjadi terbaik dan lebih baik
Tinggalkanlah corak-corak hidup lampau yang pernah singgah dalam diri
hayati semula jiwa yang suci biar ia menjadi nyata
buktikan boleh untuk berubah kepada kebaikan
i.Allah Tuhan selalu menolong hambaNya yang kerdil ini.

Monday, 5 September 2011
Terima Kasih Semua
Terima kasih,thank you,syukran ,aligator,toce-toce,
untuk semua
kerna sudi bantu dari awal sampai sekarang
sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri ini
saya ucapkan terima kasih kerana kehadiran kita bersama dalam dunia ini
untuk saling bantu-membantu
I.Allah kalau diberi kekuatan saya juga ingin membantu insan yang lemah
Ucapan terima kasih ini tidak akan habis selagi boleh menghidup udara Tuhan yang segar ini
bukan sukar untuk melafazkan terima kasih
kerna ia tidak memerlukan modal atau harta untuk mengeluarkannya
tetapi keikhlasan terima kasih itu amat bermakna sekali
Adab dalam Islam menyeru supaya kita panddai untuk berterima kasih di atas segala
nikmat yang diberi Tuhan untuk kita
agar kita menjadi insan yang bersyukur dunia dan akhirat
Ucapan terima kasih saya untuk semua
moga kasih ini tidak jemu lekang dari mulut
Terimalah dan Kasihlah untuk semua.

Ukur baju di badan sendiri
huhu..... selalu orang mengatakan bahwa tengok dulu diri sendiri
sebelum kita menunding pada orang lain
cuba perbaiki diri dulu kerna kita pun tidak sempurna mana
banyak salah dan silap di sana dan sini
Mengapa mahu mengata orang sedangkan Islam itu menyeru umatnya supaya bersangka
baik pada setiap insan (husnu zonn)
Berbaik sangkalah kita kerna dengan ini kita tidak mencari musuh
Hidup kita ini di kelilingi dengan serba macam keadaan yang kadang-kadang baik
dan juga kadang-kadang tidak baik
Mana yang baik itu itu kita ikut mane yang buruk itu kita tinggalkan jauh-jauh
agar hidup kita menjadi selamat
Sebelum mengukur baju orang, ukurlah dulu baju di badan sendiri
sempurnakah kita ini. Sudah tentulah tidak sempurna
kerna kita hanya insan biasa yang selalu mengharapkan kesempurnaan dariNya
selalulah kita muhasabah diri kita agar ia kelihatan cantik dipandang orang
cantik dari segi kesempurnaan akhlaknya
Baju kita yang ada kita perlu jaga dahulu sebelum kita menjaga baju orang
tetapi memberi teguran itu tidak salah asalkan ia dengan yang begitu berhemah
dan menjaga tatasusila adab berbahasa.
Adap membuat baju perlu diukur
Carilah nilaian ukuran yang tepat agar selesa pabila ia dipakai
begitulah hidup kita yang sentiasa kurang memerlukan kesempurnaan
yang datang dalam diri.

Dalam Bergembira Jangan Lupa pada Yang Tiada
Sukanya kiter hati gembira
lupakah kita pada yang tiada
selalu berduka kerna keadaan
kita bergembira
tetapi mereka bersedih
jangan terlalu gembira
tetapi bukan tidak boleh tidak bergembira
beserderhana sajalah kita
kerna kita tahu di dalam ketawa riang ada insan yang memerlukan
yang bersedih dengan keadaan yang menimpa
ajaklah mereka yang sedih ini bersama bergembira
dalam keadaan yang aman
jangan kite terlalu gembira sehingga boleh memecahkan perasaan insan lain
Oleh itu dalam kita bergembira jangan lupa yang tiada
semoga kegembiraan ini dapat dirasai bersama kemanisannya.
Carilah gembira tapi janganlah lupa pada diri yang sedang bersedih
kerna nikmat gembira itu hak untuk dikongsi bersama.

Sunday, 21 August 2011
Yang Hilang Berganti
Yang pergi meninggalkan dunia ini tidak akan kembali lagi
mane mungkin yang telah putus nyawanya dari jasadnya akan hidup kembali
ianya akan hidup kembali di hari perhitungan nanti
Biarlah yang pergi itu pergi meninggalkan dunia ini
Doa sahajalah yang mampu disampaikan agar roh mereka berada dalam aman dan juga ketenangan
Seorang pergi muncul lagi umat yang baru untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang besar kepada Tuhan.Yang hilang itu Tuhan gantikan dengan yang baru. Yang masih hidup teruskan kehidupan seperti sediakala kerana perjalanan kita masih terlalu jauh lagi.
Cubalah tanya diri sudah cukupkah amalan untuk dibawa ke sana nanti. Jika belum cukup bersegeralah kita mengejar waktu untuk tambahkan lagi ketaqwaan kita pada Tuhan.
SesungguhNya Dealah Yang Maha Mengetahui segala yang dilakukan oleh hambaNya.
Teruskan hidup kita ini dengan memperbanyakkan muhasabah diri, beserderhana selalu.
Mudah-mudahan hidup diberkati oleh Allah swt.
Jangan bersedih dengan insan yang pergi meninggalkan kita kerna itu adalah ketentuan Ilahi tiada siapa yang dapat menghalang kehendakNya. Kita juga satu hari nanti akan kembali kepadaNya jua.
Jadi persiapkanlah diri kita dengan bekalan amal secepat mungkin agar diri tidak terlambat dan menyesal di kemudian hari.Biar kita hidup di dunia ini penuh bermakna dan mengerjakan segala suruhanNya barulah hidup menjadi lebih bahagia.

Thursday, 18 August 2011
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Lima perkara yang akan muncul sebelum lima lagi muncul:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Semoga ia menjadi renungan kita bersama.
Rebutlah ia selagi termampu sebelum datang ketidakmampuan.
Buat baik Berpada-pada Buat Jahat Jangan sesekali
Kalau boleh hidup ini mahu nampak kepada kebaikan sahaja
tidak mahu langsung keburukan
Bagaimana mencari kebaikan dan menjauhi keburukan
Selalu dekati diri kepada Tuhan maka dapatlah kebaikan
Selalu dekatkan diri pada nafsu dan syaitan maka dapatlah keburukan
Manusia ini mudah alpa dengan segala nikmat yang diberi Tuhan sebab itulah manusia tidak pernah merasa puas
dan sering kali terjerumus ke jalan yang tidak diredhai Tuhan
Kita diseru berbuat baik. Walau kebaikan itu hanya mampu sedikit sahaja kita sumbangkan
tetapi mendekati kejahatan jangan sesekali.
Nafsu yang ada dalam diri ini selalu menyeru kepada kejahatan jadi barang siapa yang imannya tidak sempurna maka tunduklah ia pada nafsu itu.
Sekali kita mencuba kejahatan itu pastinya mahu mengulamgi lagi
suara syaitan itu selalu berbisik kepada manusia supaya mengikut jalannya
Itulah tugas syaitan menghasut dan memujuk manusia melanggar perintah Allah.
Berdoalah sentiasa agar diri ini sentiasa bersama Tuhan
dan mohon dikuatkan iman dijauhkan dari segala sifat kekejian dan sentiasa hampiri kebaikan
Walau kebaikan itu hanya sedikit cuma tapi tinggi nilainya di sisi Tuhan dari kita berbuat kejahatan
Semoga kita termasuk dalam hamba Tuhan yang bertaqwa serta beriman kepadaNya.
Anngaplah bahwa satu kebaikan yang kita lakukan umpama seribu nikmat yang kita dapat
serta satu kejahatan itu umpama seribu musibah yang kita terima.
Mudah-mudahan kebaikan jualah yang datang kepada kita.

Bersusah dahulu Bersenang kemudian
Kejayaan yang diperoleh bukan datang bergolek
pelbagai pancaroba terpaksa ditempuh
pelbagai usaha digembeleng untuk mencapai kejayaan
Beberapa waktu telah datangnya kegagalan sebelum tibanya kejayaan
Pengorbanan juga tidak terkira jumlahnya bagi sesuatu kejayaan
jatuh dahulu kemudian bangkit bangun semula
barulah mahu kecapi kejayaan
Kejayaan tidak mudah diperoleh jika hanya mampu berharap sahaja tanpa usaha yang berlipat ganda
Jangan jemu mencari kejayaan carilah ia walau di mana dan carilah ia dengan sebaiknya
semoga kejayaan yang diperoleh dapat memberi manfaat berguna
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Usaha,usaha dan usaha barulah timbulnya kegembiraan untuk capai kepuasan
Bermula dengan kepayahan barulah datang kesenangan
Jangan lupa berdoa kepada Tuhan agar kejayaan yang dikecapi selalu di jalan yang benar serta diberkati
InsyaAllah jika ada usaha di situ kejayaan menanti kita.
Monday, 15 August 2011
Kekayaan
Kaya.... Apa itu kaya?
Kekayaan dalam Islam bukanlah kekayaan harta semata-mata.
Jika kekayaan harta itu yang diutamakan maka harta itu akan hilang jika disalahgunakan
Biarlah kita kaya dengan budi pekerti yang tinggi serta akhlak yang hasanah
Kaya di dalam Islam ialah apabila setiap dari kita ini mempunyai harta yang banyak tetapi harta itu tujuannya dibelanjakan ke jalan yang diredhai Tuhan. Bersedekah umpamanya. Semakin banyak harta yang disedekahkan semakin banyaklah rezeki yang Tuhan kurniakan kepada kita. Jadilah kita seperti sahabat-sahabat nabi serta ulamak-ulamak yang terdahulu yang mana kekayaan yang dimilki diserahkan untuk kejayaan Agama Islam yang tercinta. Sumbangan yang teramat besar untuk Agama Islam itu adalah pengorbanan yang paling besar. Tiada apa yang dapat dinilai melainkan segala sumbangan itu adalah ikhlas untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Contohilah mereka ini kerana sanggup bekorban harta untuk melihat kejayaan Islam itu terpancar.
Jangan sesekali jadikan diri kita yang berharta sebagai kayu pengukur antara insan yang kaya dan miskin kerna Tuhan tidak melihat kekayaan harta tetapi melihat kepada amalan yang ada bagi setiap insan.
Bagi mereka yang memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah itu hulurkan tangan untuk bersedekah kepada insan yang tidak upaya atau fakir dan juga miskin.Sesungguhnya bantuan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan si miskin. Yang kaya bantulah yang miskin supaya selepas ini tiada lagi insan yang miskin.
Harta yang ada ini mestilah dikongsi bersama insan yang memerlukan.Jangan sesekali menggunakan kemewahan harta yang dimiliki ke jalan maksiat kerna kita akan dipersoalkan nanti di kemudian hari.
Ke manakah harta yang ada dibelanjakan adakah di jalan yang benar atau sebaliknya.
Harta yang ada itu dikongsi bersama.
Sumbangkan harta kita terutamnaya ke jalan-jalan yang akan meningkatkan kejayaan umat Islam.
Jangan takut untuk belanjakan harta ke jalan yang baik kerna Tuhan akan lipatgandakan harta yang ada jika diri bersedekah kepada insan yang memerlukan.
Carilah harta yang halal serta belanjakannlah ia di jalan Allah. Semoga hidup selalu diberkati dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.
Jagalah diri
Jauhi diri dari kemungkaran serta maksiat
lindungi diri dengan sebaik mungkin
kerna diri kita adalah maruah yang paling suci yang perlu dipertahankan
Gugurnya maruah diri jika mendekati serta terjerumus di lembah kemaksiatan
Siksanay hidup jika maruah diri yang berada di atas tiba-tiba darjatnya jatuh terletak hanya di bawah tapak kaki yang sentiasa dipijak-pijak oleh kita.
Dunia kini sudah terlalu moden kadang-kadang hal yang berkaitan agama ini diletakkan di tepi
jadi rosaklah generasi anak muda pada hari ini.
bimbinglah diri serta penuhi diri dengan didikan agama yang sempurna.
Betapa kecewanya jika maruah diri tiada lagi kesuciannya.
Ingatlah Tuhan amat murka kepada hambaNya yang memperlekehkah maruah diri
kerna ia adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin dan jangan sedikitpun ia dicalarkan.
Bersahabatlah dengan kaum-kaum yang mempunyai maruah diri yang kukuh agar dapat membimbing kita ke arah jalan kebenaran. Insafi diri jangan terlalu sombong kerna kita ini hanyalah insan kerdil yang tidak mampu melawan takdir Tuhan yang datang kepada kita tanpa mengira waktu dan ketika
Takdir ini adalah satu ujian yang diturunkan Tuhan kepada hambaNya agar bertambah keimanan kepadaNya. Sayangilah diri kita kerna diri ini yang akan menjawab persoalan tanggungjawab yang diberikan Tuhan kepada kita.
Jagalah maruah diri kita kerna orang yang mempunyai maruah diri yang tinggi itu adalah yang terbaik di sisi TuahanNya. serta selalu kedudukannya itu dirahmati oleh Tuhan InsyaAllah.
Kemanisan Iman
Iman tidak dapat dijual beli
iman juga tidak dapat diwarisi
Ia akan dipunyai oleh insan yang berhati suci bersih
Tiada rasa semanis iman
Indahnya iman itu jika ia wujud dalam hati setiap insan
bagaimanakah kita dapat memperolehi iman di dalam diri?
Iman itu perlu dan sentiasa perlu dicari. Setiap insan perlu mendekatkan diri kepada Tuhan agar iman itu muncul di dalam diri. Barang siapa yang beriman Tuhan menyediakan baginya sesuatu yang istimewa.
Syurga yang indah dipenuhi segala macam yang diingini manusia.
Orang yang mempunyai keteguhan iman di dalam dirinya mempunyai benteng pertahanan diri yang kukuh untuk menghalang nafsu serta syaitan yang selalu menggoda jiwa manusia.
Hanya mengikut segala suruhan Allah serta meninggalkan segala laranganNya insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat. Setiap kali kita bermunajat mohonlah dikekalkan iman di dada serta bertambah iman ini dari hari ke hari. Semoga dengan keimanan yang ada ini dapat membimbing kita ke jalan kebenaran dan meninggalkan jalan maksiat yang menghalakan kita ke neraka jahanam.
Cubalah mengasuh diri kita ini ke arah keimanan kepada Tuhan.
InsyaAllah jika bantu agama Allah,Allah akan bantu kita serta lindungi kita dan tempatkan kita di kalangan orang yang imannya tinggi kepada Allah.
Iman itu ibarat mutiara maka bersirnalah wajah-wajah insan jika mempunyai iman di dalam diri.
Moga keimanan yang diperoleh kekal abadi dalam diri hingga ke akhir hayatnya.
Moga hidup dan mati kita ini di dalam keimanan.
Aminnn.
Usia Kita
Moga Tuhan panjangkan usia kita
setiap hari kita berdoa kepada Tuhan
Tapi tahukah kita usia sahaja yang panjang tetapi tiada amal jariah dikerjakan
sia-sialah hidup kita
kita seharusnya bermohon usia yang panjang moga kita dapat menambahkan bekalan amalan baik untuk dibawa nanti
Kita hanya mampu berdoa tetapi ajal maut itu tiada siapa dapat mengetahuinya
dan mati itu pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja dan tidak mampu untuk kita menolaknya serta menidakkannya.
Itu semua sudah tertulis dan ketentuan takdir. Kita hanya mampu berdoa moga kita ini dipanjangkan usia serta selama mana kita hidup hanyalah kerana agama Allah sahaja.
Moga dengan hadirnya kita di dunia ini dapat memberi manfaat untuk diri serta mengikut segala amar maaruf dan nahi mungkar.
Rugi rasanya jika bazirkan waktu hidup kita dengan perkara-perkara yang kosong atau bertentangan dengan syariat Tuhan kerna waktu yang berlalu pergi itu tidak akan muncul kembali dan ia meninggalkan kita dengan begitu cepat sekali.
Untungnya kita jika setiap waktu dan ketika kita ini dipenuhi dengan rasa iman dan taqwa kepada Allah.
Mudah-mudahan di usia kita ini kita manfaatkan diri untukNya pasti kita akan merasai kebahagiaan serta disulami ketenangan jiwa yang hakiki.
Beramallah kita sebelum mata terpejam lena. Usia kita yang ada ini tidak akan menunggu kita ia tetap akan bertambah dan tidak sedikitpun berkurang.
Hebatnya kita jika usia kita panjang dan kita dapat menunaikan segala kewajipan hidup kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.
InsyaAllah Tuhan panjangkan usia kita dan kita dapat tambahkan amalan kita sebagai bekalan untuk hidup di akhirat kelak.

Friday, 12 August 2011
Keredhaan Allah
Redha Allah ada di mana-mana
hanya kita yang perlu mencarinya
bukan sukar mencari redha Allah
hanya perlu berdoa tanpa mengeluarkan penat lelah
kita mampu mendapat redha Allah
hidup mudah diteruskan jika sekiranya ada keradhaan dari Tuhan
Jangan jemu untuk mencari redha Allah
Tuhan akan mengasihi hambaNya yang selalu siang dan malamnya
untuk mencari redha Allah
Mencari keredhaan Tuhan itu memang di mana-mana sahaja kita berada
kerana Tuhan menyanyangi hambaNya yang selalu mengasihiNya tidak mengira tempat
Keredhaan Tuhan ni membantu hidup kita supaya sentiasa berada dalam keberkatan
kebahagian akan muncul jika redha Allah bersama kita
bertuahnya hidup kita ini jika ada keredhaan
hidup pun bertambah sempurna dan tenang.
Thursday, 11 August 2011
Hati yang Suci
Kecantikan luaran adalah berakar umbi dari hati yang bersih
hati ini berada di dalam jadi tidak bolehlah kita melihatnya dengan mata kasar
ukuran ini dapat dinilai melalui perbuatan seseorang sahaja yang mampu ditonjolkan
tiada sesiapa yang mampu membaca hati kita kecuali Tuhan yang mengetahui isi hati hambanNya
walau sedalam mana pun pastinya Tuhan itu Maha Mengetahui niat hati seseorang
Dapatkah kita memperoleh kebersihan hati yang suci ini
hanya insan yang tertentu sahaja yang punyai hati yang murni
hindari diri dari sifat yang tidak baik
bercakaplah kepada perkara yang memerlukan sahaja
kerna bercakap perkara yang sia-sia ini mungkin bersangkut paut dengan hati kita
mungkin niat hati yang tidak baik akan melahirkan perbuatan yang buruk
penuhi hati kita dengan memuji Allah swt InsyaAllah hati menjadi bersih
cuba jauhi dari segala perkara yang boleh mendorong kita ke arah tidak baik atau mungkar
kerosakan hati ini adalah terlalu parah
sifat orang yang buruk hati mengundang bahaya kepada seseorang individu
cubalah jauhi semua ini
Dekati hati kita dengan perkara yang manfaat
hidangkan untuk hati kita dengan setiap niat yang baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah
Jagalah hati kita jauhi dari segala hawa nafsu yang selalu memusnahkan hidup kita
Hati yang suci bersih ini akan menjamin keamanan dan ketenangan hidup insan.
Indahnyer Ciptaan Tuhan
Apa sahaja yang tercipta oleh pemilik bumi Allah ini semuanya adalah indah dan sebaik ciptaan
serta ada fungsinya yang tersendiri
Tuhan mencipta manusia dengan sebaik kejadian serta dilengkapi kurniaan akal yang bijak
supaya kita dapat berfikir kepada sesuatu yang betul serta berlandaskan syariat Allah
Langit dan bumi yang diciptakan ini bukanlah sia-sia
Ia mempunyai fungsi dan juga tujuan tertentu untuk memudahkan hidup manusia ini
Tiada siapa yang mampu melawan setiap ciptaanNya
Dialah segalanya yang maha mencipta segalanya yang terbaik buat umatNya
Hargailah setiap ciptaanNya serta bersyukurlah di atas apa yang dikurniakan mudah-mudahan kita ini termasuk dalam golongan orang yang beriman serta bertaqwa kepadaNya
Katalah manusia ini hebat tapi mana mungkin mahu menandingi ciptaan Tuhan
Jikalau manusia ini terlalu hebat bolehkah manusia menciptakan air yang keluar dari dasar tanah
mana mungkin mampu manusia boleh ciptakan air ini
Ciptaan manusia ini sungguh terbatas
Tuhan tidak memerlukan sesiapa untuk membantuNya mencipta alam ini
tetapi manusia memerlukan pelbagai bantuan untuk hasilkan sesuatu rekaan
Setiap apa yang yang dicipta Tuhan ini ada seribu satu hikmah dan cerita indah di sebaliknya
kita sebagai hambaNya perlulah mengkaji ciptaanNya supaya menambahkan ilmu serta iman di dada
Dialah yang menciptakan setiap apa yang ada di langit dan di bumi ini
jadi perlulah kita memerhati setiap ciptaan dengan penuh memuji kebesaranNya.
Moga kita menjadi insan yang menghargai setiap ciptaan indah yang datang dariNya.
Kurniaan Rezeki
Bertebaranlah kamu hai manusia di bumi bertuah ini untuk mencari rezeki
untuk meneruskan kehidupan harian kita
bangulah kita di awal subuh untuk mencari rezeki yang halal
rezeki itu perlu dicari
rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih
dalam mencari rezeki carilah ia dari sumber yang halal
Tawwakal sepenuhnya kepada Allah SWT “Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi buta dengan perut kosong, dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang.”[HR. Bukhari]
Begitulah hidup kita
setiap rezeki yang ada mestilah halal kerna rezeki yang halal ini menjamin kesempurnaan amalan kita
manakala rezeki yang haram ini pula akan tumbuh dalam diri kita seumpama luka yang berdarah kerana hasilnya tidak elok
jauhilah sumber yang haram dekati sumber yang halal
Terlalu banyak curahan rezeki yang Tuhan kurniakan di muka bumi ini untuk manfaat hambaNya
Tuhan terlalu sayangkan kita lalu Tuhan turunkan nikmat rezeki yang tak terhingga banyaknya
dalam mencari rezeki perlu kita ada rasa perkongsian sama rata antara kita
bukan untuk dibolosi oleh seseorang sahaja tetapi diperlukan untuk tangan-tangan yang lain
sama-sama kita cari dan sama-samalah kita nikmati
kerna yang banyak itu jika dikongsi akan bertambah berkat rezeki itu
carilah rezeki itu walau di dalam lautan yang dalam kerna rezeki Tuhan itu terlalu luas di muka bumi ini
kejarlah rezeki yang halal supaya amalan kita ini sempurna untukNya
InsyaAllh sekiranya rezeki yang masuk ke dalam mulut kita yang halal ia akan memberkati kehidupan kita jua untuk generasi-generasi umat manusia seterusnya.
Jangan kita jadikan alasan untuk tidak mencari rezeki yang halal kerna Tuhan turunkan rezeki ini di merata tempat hanya kita sahaja yang perlu kutipnya dengan sebaik mungkin dan gunakannya untuk jalan yang diredhai olehNya.
Pinjaman Sementara
Apa yang dimiliki kita ini bukan milik kita yang kekal abadi
hidup di dunia ini sementara sahaja atau pinjaman dari Tuhan
bukan selama-lamanya kita akan hidup di dunia ini
datang dan kembalinyanya kita ini hanya untukNya
jadi jangan sia-siakan waktu kita hidup ini
kerna hidup di bumi ini hanya pinjaman sebentar sahaja
mahu atau tidak kita akan kembali kepadaNya
Tuhan datangkan kita dengan sebaik ciptaan
kembalilah kepadaNya dengan sebaiknya juga
kerna kita ketahui Tuhan jadikan kita bukan hanya untuk bersenang lenang tetapi
supaya kita kuat beribadat kepadaNya serta mengabdikan diri semata-mata keranaNya
hidup kita ini kadang-kadang penuh dengan liku-likunya
tetapi jangan lupa bahwa kita punyai akal untuk selesaikannya dengan sebaik mungkin
kita tahu diri ini tidak sempurna tetapi semestinya ada jalan untuk capai kesempurnaan itu
berbaik-baiklah kita ini sesama insan kelak kita akan saling tolong-menolong antara satu dan yang lain
hapuskan persengketaan yang merugikan bahkan sama-sama mengimarahkan bumi Tuhan ini dengan mematuhi segala peraturan yang diturunkan kepada kita
Jangan terlalu bersenang hidup di dunia ini
kerna kita perlu sama bangunkan ia supaya menjadi tempat persinggahan sementara yang aman dan tenang
Tiada kata sebaik bahasa. Sempurnanya kita jika ada landasan hidup yang lurus
serta berpaksikan kekuatan sesama kita menuju jalan Allah
Biar kita jadi insan yang paling bertuah mendiami muka bumi Allah ini mudah-mudahan
InsyaAllah.
Air Mata Kejayaan
Kayanya kita ini dengan air mata
bukan bererti air mata kesedihan bahkan air mata kejayaan
sukarkah bagi seseorang mengeluarkan air matanya
ya atau tidak itu terpulanglah sendiri
apa yang penting mata ini ada dua cabangnya
samaada kesedihan maupun kegembiraan
Tapi yang nyata di sini adalah bagi kejayaan
betapa sukarnya untuk mencapai sesuatu impian
terlalu banyak usaha diperlukan untuknya
bukan senang untuk capai cita-cita yang diimpikan
tanpa usaha yang berwibawa
dan kejayaan itu tidak datang bergolek di hadapan mata kita
sungguhkah sukar untuk mencapainya
jadi dengan gembelengan usaha yang bertubi maka hasil buah kejayaan yang mempunyai nilaian yang cukup tinggi, begitulah jatuhnya air mata berguguran di pipi menyatakan syukur dan gembira
di atas kejayaan yang telah dihasilkan
cukup-cukup bermakna sekali
Air mata yang berguguran ini bukan air mata yang pura-pura tetapi air mata kebenaran
yang jatuh di celahan kelompok mata apabila diri ini dihampiri oleh kejayaan
betapa puasnya usaha yang dilakukan sehingga berguguran air mata kegembiraan ini
jangan bazirkan air mata kita ini untuk sesuatu yang sia-sia tetapi keluarkan ia untuk kegembiraan
pasti kita akan rasa bahagia dan bermakna.
Ayah dan Ibu Engkaulah Segalanya
Ayah
Ibu
engkaulah segalanya
tanpamu aku tiada di dunia ini
Aku bersyukur aku ada ayah aku ada ibu
Besar pengorbananmu Ayah dan Ibu
Aku kasihmu Ayah dan Ibu
Aku doakanmu semoga kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman
Aku rindu wajah Ayah dan Ibuku
Aku sayang kamu
dari kecil sampai dewasa engkau menjaga aku hingga aku menjadi manusia yang berjaya
Pengorbananmu tidak akan ku lupakan sama sekali
susah senang suka duka kita bersama akan ku jadikan kenangan yang tersemat dalam sanubariku
ku tahu siang dan malammu hanya ingin yang terbaik untuk anaknya
segala penat dan lelah engkau tidak pedulikan
Ayah dan Ibu suka melihat kebahagiaan untuk anaknya
walaupun kadang-kadang diri sendiri diabaikan
Sesunguhnya engkaulah segalanya
Ayah dan Ibu tidak meminta sesuatu dari kita melainkan untuk selalu mengingatinya jangan sesekali untuk melupakannya
Sanggupkah kita untuk melakukan semua ini terhadap Ayah dan Ibu
Tidak sama sekali aku tidak sanggup
Aku hargai segala jasa dan pengorbananmu Ayah dan Ibu
Aku berjanji aku ingin menjadi anak yang terbaik untuk
Ayah dan Ibu doakan yang terbaik untukku
dan aku akan selalu mendoakan yang terbaik untukmu jua
Ampuni segala dosa anakmu ini Ayah dan Ibu.
Biarkan Ia Berlalu
Biarkan ia berlalu
cerita yang lepas yang buruk jangan diulang kembali
tinggalkan ia di belakang supaya kita lupakan ia
tutup kisah lamer yang kadang-kadang mengguris hati dan perasaan sendiri
biarlah ia berlalu bagai air terjun yang jatuh dari tempat tinggi menuju ke bawah
mungkin kenangan yang lalu meninggalkan seribu satu kepahitan dalam diri kita
tapi tidak mengapa penujuan kita masih jauh lagi
jangan disebabkan perkara lama menjatuh serta melemahkan kita
seolah-olah kita ini tiada lagi tujuan hidup
Tutup buku lame dan selaklah buku yang baru
kisah yang lame itu dijadikan sebagai pengajaran pada diri
banyak lagi masa kita yang perlu digunakan untuk tingkatkan diri supaya menjadi lebih baik dan terbaik
cuba insafi diri kita dengan dosa-dosa lalu
dan jadikan ia sebagai satu perubahan yang boleh menjamin kebahagian kita pada masa akan datang
Detik yang berlalu tidak akan muncul lagi
Detik yang baru akan muncul tiba di hadapan kita
bersiap sedialah untuk hari esoknya
kita perlu bangun dan menuju ke arah yang baik
kerna yang baik itu selalunya datang menunggu kita
selalulah insafi diri sendiri supaya kita rasa lebih bertuah hidup di bumi Allah ini
Berdoalah selalu semoga kita ini menjadi insan yang bangkit dari kemunduran dan menuju
jalan bahagia yang membantu kita supaya hidup lebih teratur
dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan dunia meluangkan sedikit masa untuk Yang Maha Esa.
InsyaAllah kita boleh lakukan.
Wednesday, 10 August 2011
Bersyukur Di atas Kurniaan Allah
Pernahkah kita duduk bersahaja kita merenung kembali lagi
apa yang berlaku
kita sebenarnaya terlalu sibuk dengan hal keduniaan
sehingga lupa tugas dan tanggungjawab kita
jika kita melihat di waktu ini ramai yang berjaya
terutama di dalam pendidikan tetapi yang yang menjadi kesedihannya pabila
yang berilmu inilah yang menunjukkan kesombongan sepatutnya menjadi contoh kepada
orang yang kurang ilmunya
Kesombangan yang ditunjukkan seolah ilmu yang dimiliki terlalu banyak
sedangkan ulamak-ulamak serta tokoh Islam yang ilmu seluas lautan itu pun
zuhud dan tunduk dengan ilmu yang hebat ini
Bagaimana kita hari ini yang cetek ilmunya tetapi seolah-olah merasa paling terbaik
Hakikatnya kita terlalu jauh lagi jika mahu dibandingkan dengan tokoh ilmuan dahulu
yang ilmunya terlalu luas
Pernahkan kita terdetik bahawa setiap kejayaan yang hadir ini
adalah datang dari Tuhan
mengapa kita perlu gah dengan kejayaan yang ada sedangkan
kita sepatutnya bersyukur pada Tuhan di atas kejayaan yang dimiliki
tetapi itulah hakikat manusia yang mudah lupa akan siapakah dirinya yang sebenar
Di kala waktu kesusahan mengapa kita sanggup berkorban bangun di waktu malam
memohon doa supaya hidup dipermudahkan
tetapi pabila kejayaan itu datang kita mengatakan bahwa itu adalah usaha yang datang dari diri sendiri
tanpa bantuan dari mana-mana
sebenarnya kita salah itu semuanya dari Tuhan
Janganlah terlalu megah dengan kejayaan yang ada hari ini
kerna Tuhan itu Maha berkuasa Dia berhak menarik semula nikmat yang diberikan
Sedarlah kita bahwa apa yang kita miliki ini mungkin akan hilang jika kita tidak pernah
rasa ingin bersyukur padaNya.
Ingat-ingatlah diri ini sebelum terlambat
Bukan mudah untuk capai kejayaan tanpa pertolongan dari Tuhan
dan jangan sesekali bermegah atau sombong dengan apa yang ada
Jadikan diri kita dalam keadaan yang besederhana dan sentiansa bersyukur
mudah-mudahan rezki kita bertambah murah dan hidup selalu dirahmati oleh Allah.
InsyaAllah
Tuesday, 9 August 2011
Bicara kata
Pabila berkata-kata biarlah dengan tutur yang luhur
jangan sesekali mengucapkan kata yang tajam yang tidak membawa makna yang tidak baik
serta mengguris hati
biarlah mengukir kata-kata berlandaskan akal fikiran yang cerdik yang dikurniakan tuhan pada kita
setiap kata yang diungkapkan mestilah berhemah serta berwibawa
kerna setiap kata-kata itu ada baik dan buruk
tapisan yang halus itu yang menjadi tarikan yang sebenar
Berhati-hati pabila berkata-kata kerna kata-kata ini juga akan mengguruis hati seseorang
Lembutkanlah lidah kita dengan kata-kata yang manis serta bersulam keilmuan
Jangan sia-siakan hidup kita dengan kata-kata yang tidak berlapik yang boleh mengguris hati dan juga perasaan orang lain
kita diseru supaya jangan menyakiti hati orang
dan cuba jauhkan dan elakkan dengan sebaik mungkin
kita dikurniakan lidah supaya mengeluarkan isi kata-kata yang indah
kerna kata-kata yang indah itu boleh dijadikan sumber ilham atau nasihat yang bermakna untuk diri dan juga orang lain
Lidah yang dikurniakan dengan kata-kata yang tidak enak ini akan memakan diri sendiri
kerna ia cuba memisahkan kita dengan individu yang lain dengan kata-kata yang tidak mencerminkan
seorang insan yang dikurniakan akal untuk berfikir.
Setiap apa yang keluar dari bibir kita ini akan dinilai oleh Tuhan sama ada baik atau buruk
Cubalah untuk menjadi yang terbaik dengan menyimpan sesuatu ungkapan yang indah untuk dipersembahkan
Hidup kita ini terlalu indah jika selalu menyebut kata-kata yang baik serta memuji Allah yang maha Esa
Ya Rabbil Alamin.
Pabila kita di waktu pagi petang dan malam hanya memuji keagunggan Allah itulah yang terbaik untuk kita
Jangan buangkan masa kita dengan sesuatu yang tidak berfaedah
jadikan hidup kita ini dengan penuh bermakna dengan melafazkan setiap kata-kata permulaan dengan memuji
Allah Subhanallahi taala.

Sunday, 7 August 2011
Bila kita diuji...
Bila kita diuji kita rasa kenapa kita yang dipilih untuk diuji
tetapi sepatutnya kita patut rasa bertuah kerna ujian itu menguji kita
supaya lebih tabah lagi dalam menghadapi ujian ini
setiap ujian yang datang mendewasa serta mematangkan diri individu
kenapa kita perlu diuji oleh Tuhan
sebab kita adalah insan yang terpilih
Tuhan lebih sayangkan kita
kerna jika diuji Tuhan mahu mengetahui sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah
Oleh itu jangan menganggap ujian yang datang itu sebagai satu kebencian
tetapi anggap itu satu cara untuk mengukur tahap pemikiran kita yang sebenarnya
bagaimana cara penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasinya
cubalah dan cubalah jadi diri kita yang sebenarnya
Anggaplah bahwa ujian yang datang ini satu fenomena yang lumrah dari tuhan
sebagai pencipta.
tidak bermakna setiap ujian yang datang itu mengusutkan keadaan
cubalah selesaikan dengan sebaiknya
mudah-mudahan tuhan tunjukkan jalan kepada kita
InsyaAllah tuhan akan sentiasa bersama kita
asal sahaja kita rajin untuk bermunajat kepadaNya
jadilah insan yang tenang apabila diuji tuhan
kerna ujian yang datang itu mempunyai seribu satu hikmah yang terselindung di sebaliknya
dan mungkin tuhan akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

Jangan Bersedih
Lupakanlah hari-hari yg lalu
dan kerjakanlah apa yg kau suka
dan siapkan diri saat qadha' tlh bertindak.
jika qadha' tlh turun pd satu kaum
tidak ada bumi dan langit
yg mampu menolaknya
Betapa sering hidupmu terancam
namun Allah sentiasa menjaga
dan memberi yang terbaik untkmu.
Masih saja engkau
membenci segala keputusannNya?
Tiada gunanya kita bersedih kerna kita lupa bahawa kita punyai tugas dan tanggungjawab yang lain lg untuk hidup
sesuatu perkara yang berlaku di dalam hidup kita ini yang mendatangkan kesedihan kita perlu terimanya dengan kesabaran yang tinggi
mungkin ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita
jadi janganlah kita terlalu bersedih
Ingat Tuhan tidak menyukai umatnya yang terlalu bersedih
kerna Tuhan mahu melihat sejauh manakah tebalnya iman seseorang individu itu
Rugilah masa kita seharian jika asyik dengan kesedihan sahaja
Biarlah benda yang sedih itu pergi berlalu
dan jadikan ia sebagai lumrah dalam kehidupan kita
Ingat kita masih ada Tuhan
Dea lebih menyanyagi kita serta memahami kita
berdoalah kepadanya supaya pintu hati kita terbuka
untuk meninggalkan kesedihan
dan mulakan dengan senyuman dan kebahagian yang datang dalam hidup kita
Tiada gunanya kita mahu bersedih kerna sedih itu akan melemahkan diri kita jua
bersemangatlah kita untuk meniti hari-hari mendatang yang masih jauh lagi
berdoalah kita supaya hidup ini selalu dilimpahi rahmatNya
dan sentiasa diberkati olehNya
Jagalah hubungan kita dengan Tuhan
hubungan kita dengan keluarga serta kawan kita
mudah-mudahan hidup kita ini menjadi lebih ceria lagi dan penuh dengan makna
carilah ketenangan dengan bermunajat kepada Tuhan
carilah teman-teman yang baik untuk menhilangkan kesedihan yang datang melanda
Jadikan diri kita ini lebih tabah dan bersungguh dalam mengharungi pancaroba hidup di dunia ini.
Jangan bersedih kerna Tuhan sentiasa ada dengan kita
walau susah walau senang
mengadulah sebanyak manapun kita kepadanya
memohon petunjuk yang benar untuk menempuh liku-liku
hidup yang masih panjang ini.
Insan yang bergelar sahabat
Sahabat atau kawan atau rakan ia adalah peneman hidup kita
tiada orang di dunia ini dapat hidup secara bersendirian
kita di kelilingi oleh pelbagai umat
tidak mengira tua atau muda
sahabat orang yang boleh hidup dengan kehadiran kita
Pepatah mengatakan bahawa
Sahabat yang baik itu adalah talian persahabatan yang dijalinkan adalah semata-mata kerana Allah
Jika kita mengimbas kembali orang yang paling mulia di dalam hubungan persahabatan ialah Abu Bakar As-sidiq iaitu sahabat junjungan besar Nabi kita Muhammad s,a,w
Beliau sanggup berkorban untuk sahabatnya hingga mengorbankan dirinya sendiri
Beliau sanggup hidup susah dan senang bersama sahabatnya
dan sanggup melindungi sahabatnya dari musuh walau diri sendiri terancam
Hebatnya hubungan persahabatan yang diterapkan oleh beliau
sungguh suci hubungan persahabatannya.
Beliau dijadikan contoh oleh umat Islam terkini mengenai sifatnyan yang ulung ini
Betapa tingginya nilaian sahabat yang diberikan olehnya.
Kita diseru supaya memilih sahabat yang baik
yang mengikut perintah Allah Taala
yang boleh memahami kita walau dalam susah walau dalam senang
tidak berkira di dalam menghulurkan bantuan di waktu memerlukan
suka berkongsi sesuatu untuk kita bersama serta menjaga rahsia bersama
yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan
menjadi sahabat memang mudah dan ramai
tetapi untuk mencari nilaian persahabatan yang tinggi sukar dicari
yang selalu ikhlas bekorban
persahabatan kita pada hari ini
selalunya melihat kepada kepentingan sahaja
seperti adanya harta kekayaan barulah dijadikan sahabat untuk memudahkan kehidupan
tetapi sedarkah kita sebenarnya itu adalah salah
harta itu tidak akan kekal untuk selamanya tetapi keikhlasan persahabatan itu yang akan kekal selama-lamanya
Mungkin pada mulanya sahabat tetapi lama-kelamaan menjadi musuh kerna tidak mampu memenuhi hasrat diri untuk mendapatkan itu dan ini
Ini semua adalah salah kita sepatutnya bersahabat untuk dunia dan akhirat
apabila senang bersama dan juga susah pun bersama
Jadilah sahabat seperti di kalangan sahabat Rasulullah yang menghargai sahabat melebihi diri sendiri
Mereka mengetahui pabila bersahabat kerna Allah ada ganjarannya yang tersendiri walaupun kita tidak nampak
Jadikan sehabat kita sebagai insan yang penting serta hargailah hubungan persahabatan ini selamanya
Al-Quran penyejuk hati
Indah sungguh ciptaan yang dijadika Tuhan
Al-Quran jualah yang menjadi pegangan hidup manusia
Kata-kata Al-Quran sungguh cantik
Tiada tolak bandingnya dengan yang lain
Bahasanya sungguh indah sekali hingga sukar digambarkan
Jika manusia mempunyai kata-kata yang indah
Tapi Al-Quran itu adalah melebihi segala-galanya
Bulan Ramadhan ia diturankan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad
melalui perantaraan Malaikat Jibril
Terimalah kita Al-Quran kalamullah pada hari ini
hingga ke akhirnya
Tiada siapa boleh menidakkan tentang cantik isinya
ia datang dari pencipta kita
sudah tentulah ia yang terbaik bagi kita
Tiada lagi yang lainnya
Membacanya diberi ganjaran pahala yang tinngi
Jika dalam kesusahan ialah yang mengubat kita
ubatnya mujarab dan sering diamalkan oleh umat Islam
seribu satu isi yang cantik di dalamnya
pelbagai kisah terdapat
peristiwa yang lepas,sedang dan akan berlaku
hebatnya isi kandunganmu
Ini semua diceritakan di dalamnya
untungnya kita mempunyainya
Adanya ia untuk jadi panduan manusia semua
jadi kita seharusnya menggunakannya serta
menghayatinya bukan sekadar menyimpannya sehingga timbul dedebu di atasnya.
Sanjungilah serta hayatinyalah dengan sepenuhnya
InsyaAllah hidup menjadi lebih mudah

Saturday, 6 August 2011
Pengorbanan
Pernahkah kita bertanya
setiap hari pada diri
tentang istilah pengorbanan?
Mungkin ya atau tidak.
Tahukah bahwa sebenarnya di dalam hidup ini
memerlukan pengorbanan
Nilaian pengorbanan itu terlalu tinggi tahapnyer
jika seseorang itu ikhlas berkorban
Apakah makna pengorbanan sebenarnya?
Erti pengorbanan adalah berusaha untuk
mencapai sesuatu matlamat yang dituju
kepada siapa harus berkorban?
Pada diri sendiri
dan juga pengorbanan yang paling utama
adalah sanggup bekorban untuk orang lain
Begitulah mulianyer seseorang yang sanggup untuk
berkorban pada orang lain
Kita selalu korbankan tenaga, masa, wang ringgit
untuk melihat kebahagian yang sedang menanti di hadapan
Jikalau kita bekorban secara ikhlas
I.Allah kita akan merasai kepuasan di dalam
pengorbanan yang kita lakukan
Jika kita lihat dan pandang di sekeliling kita
banyak insan yang berkorban
tapi kita tidak mengetahui ada apakah di sebalik pengorbanan itu
jika kita tahu mesti kita akan berebut untuk berkorban
sesunguhnya nilai pengorbanan itu tersirat
tetapi apa yang nyata ia adalah satu nikmat yang besar.
Bekorbanlah kita dalam hidup ini.
Ertinya niat
1. Supaya segala kerja kita terhubung dengan Allah.
2. Agar membezakan di antara adat dengan ibadah.
3. Untuk mengesahkan ibadah.
4. Untuk amalan dan usaha mendapat pahala.
5. Boleh membanyakkan pahala di dalam satu-satu perkara.
6. Agar yang harus jadi ibadah.
7. Niat yang baik diberi pahala sekalipun belum sempat berbuat baik
8. Niat yang jahat apabila niat dibatalkan ia diberi pahala.
9. Niat lebih baik daripada amal.
10. Niat banyak perkara banyak pula pahalanya sekalipun belum berbuat.
"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja
Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat ,rugi sekali. Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa engkau membuang masa .Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu termasuk mensia-siakan umur engkau.
Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat terbuang sahaja masa engkau. Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja. Engkau telah merugikan kebiasaan .Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa, masa engkau percuma sahaja. Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa tapi engkau telah mensia-siakan itu semua.
Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah .Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi. Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau. Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas. Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat.
Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya? Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan. Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa. Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat .Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja .Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak. Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa .Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita .Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat .Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala .Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah........

25 Nasihat Lukman Hakim untuk Anaknya
- Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
- orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
- Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
- Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
- Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
- Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
- Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
- Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
- Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
- Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
- janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
- Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
- Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
- Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
- Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
- selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
- Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
- Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
- Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
- Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
- Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
- Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
- Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Subscribe to:
Posts (Atom)