Sunday, 7 August 2011

Bila kita diuji...

Bila kita diuji kita rasa kenapa kita yang dipilih untuk diuji
tetapi sepatutnya kita patut rasa bertuah kerna ujian itu menguji kita
supaya lebih tabah lagi dalam menghadapi ujian ini
setiap ujian yang datang mendewasa serta mematangkan diri individu
kenapa kita perlu diuji oleh Tuhan
sebab kita adalah insan yang terpilih
Tuhan lebih sayangkan kita
kerna jika diuji Tuhan mahu mengetahui sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah
Oleh itu jangan menganggap ujian yang datang itu sebagai satu kebencian
tetapi anggap itu satu cara untuk mengukur tahap pemikiran kita yang sebenarnya
bagaimana cara penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasinya
cubalah dan cubalah jadi diri kita yang sebenarnya
Anggaplah bahwa ujian yang datang ini satu fenomena yang lumrah  dari tuhan
sebagai pencipta.
tidak bermakna setiap ujian yang datang itu mengusutkan keadaan
cubalah selesaikan dengan sebaiknya
mudah-mudahan tuhan tunjukkan jalan kepada kita
InsyaAllah tuhan akan sentiasa bersama kita
asal sahaja kita rajin untuk bermunajat kepadaNya
jadilah insan yang tenang apabila diuji tuhan
kerna ujian yang datang itu mempunyai seribu satu hikmah yang terselindung di sebaliknya
dan mungkin tuhan akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

No comments:

Post a Comment