Monday, 15 August 2011

Kekayaan


Kaya.... Apa itu kaya?
Kekayaan dalam Islam bukanlah kekayaan harta semata-mata.
Jika kekayaan harta itu yang diutamakan maka harta itu akan hilang jika disalahgunakan
Biarlah kita kaya dengan budi pekerti yang tinggi serta akhlak yang hasanah
Kaya di dalam Islam ialah apabila setiap dari kita ini mempunyai harta yang banyak tetapi harta itu tujuannya dibelanjakan ke jalan yang diredhai Tuhan. Bersedekah umpamanya. Semakin banyak harta yang disedekahkan semakin banyaklah rezeki yang Tuhan kurniakan kepada kita. Jadilah kita seperti sahabat-sahabat nabi serta ulamak-ulamak yang terdahulu yang mana kekayaan yang dimilki diserahkan untuk kejayaan Agama Islam yang tercinta. Sumbangan yang teramat besar untuk Agama Islam itu adalah pengorbanan yang paling besar. Tiada apa yang dapat dinilai melainkan segala sumbangan itu adalah ikhlas untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Contohilah mereka ini kerana sanggup bekorban harta untuk melihat kejayaan Islam itu terpancar.
Jangan sesekali jadikan diri kita yang berharta sebagai kayu pengukur antara insan yang kaya dan miskin kerna Tuhan tidak melihat kekayaan harta tetapi melihat kepada amalan yang ada bagi setiap insan.
Bagi mereka yang memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah itu hulurkan tangan  untuk bersedekah kepada insan yang tidak upaya atau fakir dan juga miskin.Sesungguhnya bantuan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan si miskin. Yang kaya bantulah yang miskin supaya selepas ini tiada lagi insan yang miskin.
Harta yang ada ini mestilah dikongsi bersama insan yang memerlukan.Jangan sesekali menggunakan kemewahan harta yang dimiliki ke jalan maksiat kerna kita akan dipersoalkan nanti di kemudian hari.
Ke manakah harta yang ada dibelanjakan adakah di jalan yang benar atau sebaliknya.
Harta yang ada itu dikongsi bersama.
Sumbangkan harta kita terutamnaya ke jalan-jalan yang akan meningkatkan kejayaan umat Islam.
Jangan takut untuk belanjakan harta ke jalan yang baik kerna Tuhan akan lipatgandakan harta yang ada jika diri bersedekah kepada insan yang memerlukan.
Carilah harta yang halal serta belanjakannlah ia di jalan Allah. Semoga hidup selalu diberkati dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment