Thursday, 11 August 2011
Hati yang Suci
Kecantikan luaran adalah berakar umbi dari hati yang bersih
hati ini berada di dalam jadi tidak bolehlah kita melihatnya dengan mata kasar
ukuran ini dapat dinilai melalui perbuatan seseorang sahaja yang mampu ditonjolkan
tiada sesiapa yang mampu membaca hati kita kecuali Tuhan yang mengetahui isi hati hambanNya
walau sedalam mana pun pastinya Tuhan itu Maha Mengetahui niat hati seseorang
Dapatkah kita memperoleh kebersihan hati yang suci ini
hanya insan yang tertentu sahaja yang punyai hati yang murni
hindari diri dari sifat yang tidak baik
bercakaplah kepada perkara yang memerlukan sahaja
kerna bercakap perkara yang sia-sia ini mungkin bersangkut paut dengan hati kita
mungkin niat hati yang tidak baik akan melahirkan perbuatan yang buruk
penuhi hati kita dengan memuji Allah swt InsyaAllah hati menjadi bersih
cuba jauhi dari segala perkara yang boleh mendorong kita ke arah tidak baik atau mungkar
kerosakan hati ini adalah terlalu parah
sifat orang yang buruk hati mengundang bahaya kepada seseorang individu
cubalah jauhi semua ini
Dekati hati kita dengan perkara yang manfaat
hidangkan untuk hati kita dengan setiap niat yang baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah
Jagalah hati kita jauhi dari segala hawa nafsu yang selalu memusnahkan hidup kita
Hati yang suci bersih ini akan menjamin keamanan dan ketenangan hidup insan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment