Thursday, 11 August 2011

Indahnyer Ciptaan Tuhan


Apa sahaja yang tercipta oleh pemilik bumi  Allah ini semuanya adalah indah dan sebaik ciptaan
serta ada fungsinya yang tersendiri
Tuhan mencipta manusia dengan sebaik kejadian serta dilengkapi kurniaan akal yang bijak
supaya kita dapat berfikir kepada sesuatu yang betul serta berlandaskan syariat Allah
Langit dan bumi yang diciptakan ini bukanlah sia-sia
Ia mempunyai fungsi dan juga tujuan tertentu untuk memudahkan hidup manusia ini
Tiada siapa yang mampu melawan setiap ciptaanNya
Dialah segalanya yang maha mencipta segalanya yang terbaik buat umatNya
Hargailah setiap ciptaanNya serta bersyukurlah di atas apa yang dikurniakan mudah-mudahan kita ini termasuk dalam golongan orang yang beriman serta bertaqwa kepadaNya
Katalah manusia ini hebat tapi mana mungkin mahu menandingi ciptaan Tuhan
Jikalau manusia ini terlalu hebat bolehkah manusia menciptakan air yang keluar dari dasar tanah
mana mungkin mampu manusia boleh ciptakan air ini
Ciptaan manusia ini sungguh terbatas
Tuhan tidak memerlukan sesiapa untuk membantuNya mencipta alam ini
tetapi manusia memerlukan pelbagai bantuan untuk hasilkan sesuatu rekaan
Setiap apa yang yang dicipta Tuhan ini ada seribu satu hikmah dan cerita indah di sebaliknya
kita sebagai hambaNya perlulah mengkaji ciptaanNya supaya menambahkan ilmu serta iman di dada
Dialah yang menciptakan setiap apa yang ada di langit dan di bumi ini
jadi perlulah kita memerhati setiap ciptaan dengan penuh memuji kebesaranNya.
Moga kita menjadi insan yang menghargai setiap ciptaan indah yang datang dariNya.

No comments:

Post a Comment