Sunday, 7 August 2011
Insan yang bergelar sahabat
Sahabat atau kawan atau rakan ia adalah peneman hidup kita
tiada orang di dunia ini dapat hidup secara bersendirian
kita di kelilingi oleh pelbagai umat
tidak mengira tua atau muda
sahabat orang yang boleh hidup dengan kehadiran kita
Pepatah mengatakan bahawa
Sahabat yang baik itu adalah talian persahabatan yang dijalinkan adalah semata-mata kerana Allah
Jika kita mengimbas kembali orang yang paling mulia di dalam hubungan persahabatan ialah Abu Bakar As-sidiq iaitu sahabat junjungan besar Nabi kita Muhammad s,a,w
Beliau sanggup berkorban untuk sahabatnya hingga mengorbankan dirinya sendiri
Beliau sanggup hidup susah dan senang bersama sahabatnya
dan sanggup melindungi sahabatnya dari musuh walau diri sendiri terancam
Hebatnya hubungan persahabatan yang diterapkan oleh beliau
sungguh suci hubungan persahabatannya.
Beliau dijadikan contoh oleh umat Islam terkini mengenai sifatnyan yang ulung ini
Betapa tingginya nilaian sahabat yang diberikan olehnya.
Kita diseru supaya memilih sahabat yang baik
yang mengikut perintah Allah Taala
yang boleh memahami kita walau dalam susah walau dalam senang
tidak berkira di dalam menghulurkan bantuan di waktu memerlukan
suka berkongsi sesuatu untuk kita bersama serta menjaga rahsia bersama
yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan
menjadi sahabat memang mudah dan ramai
tetapi untuk mencari nilaian persahabatan yang tinggi sukar dicari
yang selalu ikhlas bekorban
persahabatan kita pada hari ini
selalunya melihat kepada kepentingan sahaja
seperti adanya harta kekayaan barulah dijadikan sahabat untuk memudahkan kehidupan
tetapi sedarkah kita sebenarnya itu adalah salah
harta itu tidak akan kekal untuk selamanya tetapi keikhlasan persahabatan itu yang akan kekal selama-lamanya
Mungkin pada mulanya sahabat tetapi lama-kelamaan menjadi musuh kerna tidak mampu memenuhi hasrat diri untuk mendapatkan itu dan ini
Ini semua adalah salah kita sepatutnya bersahabat untuk dunia dan akhirat
apabila senang bersama dan juga susah pun bersama
Jadilah sahabat seperti di kalangan sahabat Rasulullah yang menghargai sahabat melebihi diri sendiri
Mereka mengetahui pabila bersahabat kerna Allah ada ganjarannya yang tersendiri walaupun kita tidak nampak
Jadikan sehabat kita sebagai insan yang penting serta hargailah hubungan persahabatan ini selamanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment