Thursday, 18 August 2011

Bersusah dahulu Bersenang kemudian


Impian untuk mencapai kejayaan adalah satu yang menjadi lumrah hidup manusia
Kejayaan yang diperoleh bukan datang bergolek
pelbagai pancaroba terpaksa ditempuh
pelbagai usaha digembeleng untuk mencapai kejayaan
Beberapa waktu telah datangnya kegagalan sebelum tibanya kejayaan
Pengorbanan juga tidak terkira jumlahnya bagi sesuatu kejayaan
jatuh dahulu kemudian bangkit bangun semula
barulah mahu kecapi kejayaan
Kejayaan tidak mudah diperoleh jika hanya mampu berharap sahaja tanpa usaha yang berlipat ganda
Jangan jemu mencari kejayaan carilah ia walau di mana dan carilah ia dengan sebaiknya
semoga kejayaan yang diperoleh dapat memberi manfaat berguna
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Usaha,usaha dan usaha barulah timbulnya kegembiraan untuk capai kepuasan
Bermula dengan kepayahan barulah datang kesenangan
Jangan lupa berdoa kepada Tuhan agar kejayaan yang dikecapi selalu di jalan yang benar serta diberkati
InsyaAllah jika ada usaha di situ kejayaan menanti kita. 

No comments:

Post a Comment