Thursday, 18 August 2011

Buat baik Berpada-pada Buat Jahat Jangan sesekali

Kalau boleh hidup ini mahu nampak kepada kebaikan sahaja
tidak mahu langsung keburukan
Bagaimana mencari kebaikan dan menjauhi keburukan
Selalu dekati diri kepada Tuhan maka dapatlah kebaikan
Selalu dekatkan diri pada nafsu dan syaitan maka dapatlah keburukan
Manusia ini mudah alpa dengan segala nikmat yang diberi Tuhan sebab itulah manusia tidak pernah merasa puas
dan sering kali terjerumus ke jalan yang tidak diredhai Tuhan
Kita diseru berbuat baik. Walau kebaikan itu hanya mampu sedikit sahaja kita sumbangkan
tetapi mendekati kejahatan jangan sesekali.
Nafsu yang ada dalam diri ini selalu menyeru kepada kejahatan jadi barang siapa yang imannya tidak sempurna maka tunduklah ia pada nafsu itu.
 Sekali kita mencuba kejahatan itu pastinya mahu mengulamgi lagi
suara syaitan itu selalu berbisik kepada manusia supaya mengikut jalannya
Itulah tugas syaitan menghasut dan memujuk manusia melanggar perintah Allah.
Berdoalah sentiasa agar diri ini sentiasa bersama Tuhan
dan mohon dikuatkan iman dijauhkan dari segala sifat kekejian dan sentiasa hampiri kebaikan
Walau kebaikan itu hanya sedikit cuma tapi tinggi nilainya di sisi Tuhan dari kita berbuat kejahatan
Semoga kita termasuk dalam hamba Tuhan yang bertaqwa serta beriman kepadaNya.
Anngaplah bahwa satu kebaikan yang kita lakukan umpama seribu nikmat yang kita dapat
serta satu kejahatan itu umpama seribu musibah yang kita terima.
Mudah-mudahan kebaikan jualah yang datang kepada kita.

No comments:

Post a Comment