Thursday, 11 August 2011
Kurniaan Rezeki
Bertebaranlah kamu hai manusia di bumi bertuah ini untuk mencari rezeki
untuk meneruskan kehidupan harian kita
bangulah kita di awal subuh untuk mencari rezeki yang halal
rezeki itu perlu dicari
rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih
dalam mencari rezeki carilah ia dari sumber yang halal
Tawwakal sepenuhnya kepada Allah SWT “Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi buta dengan perut kosong, dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang.”[HR. Bukhari]
Begitulah hidup kita
setiap rezeki yang ada mestilah halal kerna rezeki yang halal ini menjamin kesempurnaan amalan kita
manakala rezeki yang haram ini pula akan tumbuh dalam diri kita seumpama luka yang berdarah kerana hasilnya tidak elok
jauhilah sumber yang haram dekati sumber yang halal
Terlalu banyak curahan rezeki yang Tuhan kurniakan di muka bumi ini untuk manfaat hambaNya
Tuhan terlalu sayangkan kita lalu Tuhan turunkan nikmat rezeki yang tak terhingga banyaknya
dalam mencari rezeki perlu kita ada rasa perkongsian sama rata antara kita
bukan untuk dibolosi oleh seseorang sahaja tetapi diperlukan untuk tangan-tangan yang lain
sama-sama kita cari dan sama-samalah kita nikmati
kerna yang banyak itu jika dikongsi akan bertambah berkat rezeki itu
carilah rezeki itu walau di dalam lautan yang dalam kerna rezeki Tuhan itu terlalu luas di muka bumi ini
kejarlah rezeki yang halal supaya amalan kita ini sempurna untukNya
InsyaAllh sekiranya rezeki yang masuk ke dalam mulut kita yang halal ia akan memberkati kehidupan kita jua untuk generasi-generasi umat manusia seterusnya.
Jangan kita jadikan alasan untuk tidak mencari rezeki yang halal kerna Tuhan turunkan rezeki ini di merata tempat hanya kita sahaja yang perlu kutipnya dengan sebaik mungkin dan gunakannya untuk jalan yang diredhai olehNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment