Bagaimana mahu tabah jika diri selalu diuji
bagaimanakah
aku menjadi takut setiap kali diuji
lalu aku berfikir sejenak jika aku selalu diuji bermakna Tuhan mahu melihat
setebal mana ketabahan yang ada dalam diriku
Sebenarnya aku adalah insan yang amat beruntung kerana ujian Tuhan
lebih mendekatkan diriku padaNya
sesuatu ujian yang datang bertalu-talu itu
ada hikmah di sebaliknya
kerna kita tidak tahu bahawa ada sesuatu yang lebih baik Tuhan sediakan di
hari-hari depan kita
Sungguh kita tidak tahu kerna kita insan yang lemah tidak dapat meneka
apa yang mungkin terjadi di hari kemudian
Tuhan itulah sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya
biar ujian datang melanda dan jangan cuba mengeluh kerna detik waktu itu
Tuhan sedang menguji hambaNya
jadikan ujian ini sebagai penguat hidup kerna ada sesuatu yang terbaik
bagi kita yang disediakan olehNya
Tabahkan diri dan hayatilah segala yang berlaku dengan dengan keinsafan
No comments:
Post a Comment