Sunday, 7 August 2011
Jangan Bersedih
Lupakanlah hari-hari yg lalu
dan kerjakanlah apa yg kau suka
dan siapkan diri saat qadha' tlh bertindak.
jika qadha' tlh turun pd satu kaum
tidak ada bumi dan langit
yg mampu menolaknya
Betapa sering hidupmu terancam
namun Allah sentiasa menjaga
dan memberi yang terbaik untkmu.
Masih saja engkau
membenci segala keputusannNya?
Tiada gunanya kita bersedih kerna kita lupa bahawa kita punyai tugas dan tanggungjawab yang lain lg untuk hidup
sesuatu perkara yang berlaku di dalam hidup kita ini yang mendatangkan kesedihan kita perlu terimanya dengan kesabaran yang tinggi
mungkin ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita
jadi janganlah kita terlalu bersedih
Ingat Tuhan tidak menyukai umatnya yang terlalu bersedih
kerna Tuhan mahu melihat sejauh manakah tebalnya iman seseorang individu itu
Rugilah masa kita seharian jika asyik dengan kesedihan sahaja
Biarlah benda yang sedih itu pergi berlalu
dan jadikan ia sebagai lumrah dalam kehidupan kita
Ingat kita masih ada Tuhan
Dea lebih menyanyagi kita serta memahami kita
berdoalah kepadanya supaya pintu hati kita terbuka
untuk meninggalkan kesedihan
dan mulakan dengan senyuman dan kebahagian yang datang dalam hidup kita
Tiada gunanya kita mahu bersedih kerna sedih itu akan melemahkan diri kita jua
bersemangatlah kita untuk meniti hari-hari mendatang yang masih jauh lagi
berdoalah kita supaya hidup ini selalu dilimpahi rahmatNya
dan sentiasa diberkati olehNya
Jagalah hubungan kita dengan Tuhan
hubungan kita dengan keluarga serta kawan kita
mudah-mudahan hidup kita ini menjadi lebih ceria lagi dan penuh dengan makna
carilah ketenangan dengan bermunajat kepada Tuhan
carilah teman-teman yang baik untuk menhilangkan kesedihan yang datang melanda
Jadikan diri kita ini lebih tabah dan bersungguh dalam mengharungi pancaroba hidup di dunia ini.
Jangan bersedih kerna Tuhan sentiasa ada dengan kita
walau susah walau senang
mengadulah sebanyak manapun kita kepadanya
memohon petunjuk yang benar untuk menempuh liku-liku
hidup yang masih panjang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment