Saturday, 16 July 2011
Mencari ketenangan
Pabila ku renung-renung kembali
Aku rasakan bahawa aku ini
tidak punyai apa-apa
tapi bila ku pikir-pikir kembali
Aku insan yang bertuah
Aku ada diri aku sendiri
Aku sayang diri aku selalu
Aku cuba fikirkan sesuatu yang positif
pabila masalah melanda benak fikiranku
Inilah aku,
Aku berasa tenang pabila aku
dapat mencari siapakah diri aku sendiri
Jikalau aku punyai masalah
Aku miliki Tuhan untukku mengadu
Aku miliki keluarga untuk kongsikan semuanyer
Aku punyai teman-teman yang istimewa
yg selalu berjanji untuk bersahabat sehidup semati
aku amat mengagumi persahabatan yg dijalinkan
antara kekasih Allah Muhammad s.a.w
bersama sahabat-sahabatnyer
rela berkorban hingga titisan nafas yg terakhir
Setiap hari ku cuba mencari ketenangan
Aku bermunajab kepada Allah
semoga hidupku ini penuh dengan kebahagian
bukan sahaja di dunia malahan di akhirat sana
aku yakin aku akan menjadi insan yg ikhlas
kerna aku punyai Tuhan yang sentiasa ada bersamaku
tidak mengira susah atau senang
Aku juga punyai keluargaku dan sahabat-sahabatku
yg sentiasa berada di sampingku
serta menyokong setiap apa yg kulakukan
Aku bersyukur kepada Tuhan kerna aku
punyai semua ini
dan aku berharap aku ini menjadi setenang air di perigi
yang memberi seribu satu manfaat kepada penggunanyer
Aku ingin jadikan diriku ini sebagai lambang
ketenangan abadi yg boleh membangitkan semangat
untuk ku terus bernafas di muka bumi Allah yang agung ini
ku ingin mencari ketenangan dengan
sedalam-dalamnyer supaya aku
merasai kemanisan hidup yang sebenar
Ku bermohon kepada Tuhan semoga
ada sirnar kebahagian yg terukir senyuman
yg ikhlas yg muncul dari dalam lubuk hatiku ini
Aku mesti menjadi seorang insan yg kuat
Aku tidak boleh jatuh begitu sahaja
tanpa semangat kebangkitan yang kuat
jika sesuatu musibah dtg melanggar diriku
Setiap kegagalan akan ku cuba atasi
agar diriku menjadi tegak
dan tidak mudah hanyut dibawa arus yang deras
Bangkitlah
Bangkitlah diri ini untuk mencari ketenagan yang hakiki
jikalau ku berusaha di situ ada satu
janji yang cantik yang akan menolong diriku
supaya menjadi insan yang cemerlang
dan mencari kepuasan hidup yang sebenar
melalui satu jalan petunjuk yang lurus
serta diredhai oleh Tuhan
Jadikan aku ini Ya Allah yang Tuhanku
insan yang sungguh tabah dalam menempuh segala ujian
serta onak duri
Ku tahu bahwa segala ujian yang Engkau
berikan ada sejuta hikmah
agar dapat aku menilai semula siapakah diriku yang sebenar
supaya aku merenung kembali hari-hariku
yang berlalu agar ku menjadi lebih kuat dan sempurna
Berikan ku ketenangan
Ku hanya bermohon padaMu ya Tuhanku
ku mencari ketenangan abadi
supaya ku dapat menempuh
segala cabaran yang melintas
di hadapan pancaindera ku
Aku ingin menjadi insan yang boleh berbakti
untuk agama, keluarga dan bagi diriku
sendiri juga
Susahkah mencari ketenangan itu?
Jawapannyer tidak kita hanya
bermohon dan bermohon kepada Tuhan
tanpa ada rase jemu agar teguh imannyer
Biarkan diri ini lari dari kekusutan dan cuba
berada dalam keadaan jauh dari kesibukan dunia
I.Allah di situ ada ketenangan yang abadi
selama-lamanyer
Carilah ketenangan supaya hidup kita
menjadi lebih tersusun serta indah
dan nikmat
Ketenangan itu adalah satu jalan menuju kebahagiaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment