Manusia dicipta secara berpasangan
ada lelaki dan ada perempuan
kedua-dua insan ini
memerlukan antara satu sama lain
tidak sempurna lah hidup ini
tanpa Adam dan Hawa
tidak berkembanglah umat ini
dan tidak berkembanglah zuriat manusia
jika tanpa lelaki dan wanita
Tumbuh-tumbuhan serta haiwan
juga adalah makhluk Allah yang dicipta
secara berpasangan
supaya bumi ini diimarahkan dengan sempurna
maka indahnyer hidup berpasangan
jikalau ia adalah sah dari segi hubungannya.
Lelaki Tuhan ciptakan dengan sifat yang gagah
serta berani supaya dapat melindung diri dari
ancaman musuh
Wanita pula dicipta dari sebahagian tulang rusuk lelaki
menunjukkan wanita memerlukan lelaki dari sebahagiaan
hidupnyer.
Setiap kejadian yang diciptakan Tuhan ada
hikmah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita
Lelaki yang gagah berani ini adalah pelindung
kepada wanita yang lemah
setiap lelaki ada tugas dan tanggungjawabnya sendiri
Islam menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan
yang bukan muhram dengan satu cara sahaja
iaitu melalui ijab kabul yang sah
Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita
yang dicintainyer ibarat cinta yang sejati
disulami dengan rasa jujur serta ikhlas
serta menerima wanita yang disayanginya dengan
sebaik yang mungkin
Lelaki sebetulnyer menjaga hubungan cintanya
ini hingga ke hujung nyawa
biar mereka ikhlas bekorban kerna cinta
cinta yang sah ini adalah cinta yang diredhai Allah
pasangan ini akan berjanji setia sehidup semati
Setiap harinyer adalah berdoa moga cinta yang
dimiliki ini akan kekal abadi ke akhirnya
Dengan sulaman cinta yang satu ini
mencerminkan bahwa cinta datang dengan ikhlasnya
mencari cinta yang suci terlalu sukar
harus bagaimanakah ia diperoleh?
cinta itu akan datang dan perlu dijaga supaya ia
tidak musnah begitu sahaja
ingatlah tanggungjawab yang besar untuk nilai sebuah cinta
cintailah lelaki yang cintanya kepada Allah
cintailah wanita kerna cinta agungNya untuk Allah
setiap insan ingin dicintai dan mencintai
namun pilihlah pasangan yang kaya dengan peribadi yang mulia
yang mencintai diri kita serta keluarga dengan penuh kasih sayang
Berdosakah kita mencintai seseorang
Tidak sama sekali
kerna cinta murni antara wanita dan lelaki
yang sah akan dijamin pahalanya
cintailah pasangan kita kerna Allah
bukan kerna pangkat
kerna pangkat itu akan hilang begitu jua.
Cinta Adam dan Hawa adalah cinta
yang membawa ke syurga
Jodoh pertemuan adalah di tangan Tuhan
kita merancang tetapi Tuhan jua yang menentukan
pabila kita mencintai pasangan ini perlulah
ikhlas kerna Allah.
Berdoalah kita bersungguh-sungguh agar cinta yang dicari
diredhai Allah dunia dan akhirat
agar cinta ini menuju kebahagian selamanya
Cintailah dea yang mencintai
bantu-membantulah antara pasangan yang sah ini
di dalam hidup
agar cinta yang diukir bertambah mekar
serta tumbuh dengan suburnya
dengan cinta yang suci maka
lahirlah zuriat yang berbakti kepada agama dan bangsa
Aku mencintaimu kerna Allah
semogaku menemui cinta yang murni ini
agar hidupku menjadi berbunga serta subur
dalam menempuh alam ini yang terbentang luas
Amin.....
hasil nukilan: seindah cinta
No comments:
Post a Comment