Gagal sekali tidak beerti gagal untuk selamanya.
Sebelum kita mengecapi kejayaan kita diuji dengan
beberapa kegagalan yang mencabar
Setiap insan yang hidup di dunia ini
tidak dapat lari dari masalah hidup
jadi mereka akan ditimpa kegagalan
buat sementara supaya mereka
boleh mencari jalan keluar menuju
kejayaan
Bukan senang untuk mencapai kejayaan
seperti kata pepatah
bukan senang untuk menjadi senang
tp senang untuk menjadi susah
pabila kita jatuh tersungkur sekali
tak bermakna kita tidak boleh bangun berdiri dengan tegak
kegagalan yang datang melintas di hadapan kita
supaya kita berfikir apakah ada cara yang terbaik
untuk menjauhi kegagalan ini.
Setiap kebuntuaan yang datang menjelma
ada penyelesaiannyer
dari kegagalan kita dapat mempelajari erti
kejayaan yang sebenar
kerna sebelum terjadi kejayaan
pelbagai cubaan dan ujian yang datang
Melalui kegagalan ini ia adalah guru
untuk mencapai kejayaan
Setiap insan bersungguh untuk bangun
bagi mencapai cita-cita
Jangan tangisi kegagalan yang datang sementara
dalam hidup kita
kerna Tuhan tidak mahu hambanya
bersedih
Tuhan kurniakan kita akal fikiran
supaya kita dapat berpatah balik untuk mencapai
kejayaan
Kejayaan yang hadir selepas kegagalan adalah
satu nikmat yang amat besar kerna
bukan mudah untuk mencapainya
kita perlu bekorban segala jiwa dan raga
bagi menempuh kegagalan pada masa lampau
Bersyukurlah kita
kerna Tuhan masih memberi ruang dan peluang untuk kita
menebus kembali kegagalan yang lepas.
Terima kasih kerna kegagalan menolong kita
untuk capai kejayaan yang kita kecapi pada hari ini
setiap kegagalan yang terjadi
akan menolong kita berusaha dengan lebih maju
untuk capai cita-cita masing-masing
kita dilarang untuk mengalah dengan kegagalan yang wujud
kita bangunlah serta bangkitlah
setiap usaha yang gigih itu
semestinya ada hasil untuk dikongsi
bangunlah kita menuju kejayaan
kegagalan tidak semestiyer membawa kegagalan
Jangan takut untuk mencuba sekali lagi
setelah kegagalan yang muncul
jangan sia-siakan diri kita setelah kita mengalami kegagalan untuk mencapai kejayaan
Berdoalah kepada Tuhan agar kita mudah mencapai kejayaan
Amin