Friday, 9 September 2011

How To Stay Happy


1.Throw out nonessential numbers.This include age,weight and height.Let the doctors worry about them this is why you pay them.
2.Keep only cheerful friends.The grouches pull you down.
3.Keep learning.Learn more about the computer,art,history,gardening whatever! Never let the brain get idle."An idle mind is the devil's workshop." 
4.Enjoy the simple thing.
5.The tears happen endure,grieve. Then go on. The only person who is with us our entire life is our life.Live while you are alive.Those who loved you but are gone will understand and applaud!!

Asam di darat Ikan di Laut


Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh

Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur

Kalau turut makrifat iman
Tidakkah air mungkin bercantum
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin muafakat.

Thursday, 8 September 2011

Jodoh Kita


    1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.


Tuesday, 6 September 2011

Tabahkan Diri

Bagaimana mahu tabah jika diri selalu diuji
bagaimanakah
aku menjadi takut setiap kali diuji
lalu aku berfikir sejenak jika aku selalu diuji bermakna Tuhan mahu melihat
setebal mana ketabahan yang ada dalam diriku
Sebenarnya aku adalah insan yang amat beruntung kerana ujian Tuhan
lebih mendekatkan diriku padaNya
sesuatu ujian yang datang bertalu-talu itu
ada hikmah di sebaliknya
kerna kita tidak tahu bahawa ada sesuatu yang lebih baik Tuhan sediakan di
hari-hari depan kita
Sungguh kita tidak tahu kerna kita insan yang lemah tidak dapat meneka
apa yang mungkin terjadi di hari kemudian
Tuhan itulah sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya
biar ujian datang melanda dan jangan cuba mengeluh kerna detik waktu itu
Tuhan sedang menguji hambaNya
jadikan ujian ini sebagai penguat hidup kerna ada sesuatu yang terbaik
bagi kita yang disediakan olehNya
Tabahkan diri dan hayatilah segala yang berlaku dengan dengan keinsafan

Perubahan Terbaik

Lahirnya insan di dunia ini dalam keadaan yang suci dan bersih
siapakah yang mencorak dan membentuk diri ini jika bukan diri sendiri
mengapa sanggup mengubah dari yang suci kepada yang keruh
sudahlah dan cukup-cukup lah
kembali semula ke pangkal jalan hiasi diri dengan peribadi yang mulia
masih belum terlambat andai diri terlintas untuk berubah
biar bina hidup baru yang lebih sempurna dan ada redha dari Tuhan
Carilah kawan atau insan bertaqwa agar diri berpusing ke jalan yang lurus
sesungguhnya yang buruk dibaiki,yang baiki itu bertambah baik
bersinarlah hidup jika selalu menuju jalan yang mulia
niatkan di dalam hati untuk menjadi terbaik dan lebih baik
Tinggalkanlah corak-corak hidup lampau yang pernah singgah dalam diri
hayati semula jiwa yang suci biar ia menjadi nyata
buktikan boleh untuk berubah kepada kebaikan
i.Allah Tuhan selalu menolong hambaNya yang kerdil ini.

Monday, 5 September 2011

Terima Kasih Semua

Terima kasih,thank you,syukran ,aligator,toce-toce,
untuk semua
kerna sudi bantu  dari awal sampai sekarang
sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri ini
saya ucapkan terima kasih kerana kehadiran kita bersama dalam dunia ini
untuk saling bantu-membantu
I.Allah kalau diberi kekuatan saya juga  ingin membantu insan yang lemah
Ucapan terima kasih ini tidak akan habis selagi boleh menghidup udara Tuhan yang segar ini
bukan sukar untuk melafazkan terima kasih
kerna ia tidak memerlukan modal atau harta untuk mengeluarkannya
tetapi keikhlasan terima kasih itu amat bermakna sekali
Adab dalam Islam menyeru supaya kita panddai untuk berterima kasih di atas segala
nikmat yang diberi Tuhan untuk kita
agar kita menjadi insan yang bersyukur dunia dan akhirat
Ucapan terima kasih saya untuk semua
moga kasih ini tidak jemu lekang dari mulut
Terimalah dan Kasihlah untuk semua.

Ukur baju di badan sendiri

huhu..... selalu orang mengatakan bahwa tengok dulu diri sendiri
sebelum kita menunding pada orang lain
cuba perbaiki diri dulu kerna kita pun tidak sempurna mana
banyak salah dan silap di sana dan sini
Mengapa mahu mengata orang sedangkan Islam itu menyeru umatnya supaya bersangka
baik pada setiap insan (husnu zonn)
Berbaik sangkalah kita kerna dengan ini kita tidak mencari musuh
Hidup kita ini di kelilingi dengan serba macam keadaan yang kadang-kadang baik
dan juga kadang-kadang tidak baik
Mana yang baik itu itu kita ikut mane yang buruk itu kita tinggalkan jauh-jauh
agar hidup kita menjadi selamat
Sebelum mengukur baju orang, ukurlah dulu baju di badan sendiri
sempurnakah kita ini. Sudah tentulah tidak sempurna
kerna kita hanya insan biasa yang selalu mengharapkan kesempurnaan dariNya
selalulah kita muhasabah diri kita agar ia kelihatan cantik dipandang orang
cantik dari segi kesempurnaan akhlaknya
Baju kita yang ada kita perlu jaga dahulu sebelum kita menjaga baju orang
tetapi memberi teguran itu tidak salah asalkan ia dengan yang begitu berhemah
dan menjaga tatasusila adab berbahasa.
Adap membuat baju perlu diukur
Carilah nilaian ukuran yang tepat agar selesa pabila ia dipakai
begitulah hidup kita yang sentiasa kurang memerlukan kesempurnaan
yang datang dalam diri.

Dalam Bergembira Jangan Lupa pada Yang Tiada

Sukanya kiter hati gembira
lupakah kita pada yang tiada
selalu berduka kerna keadaan
kita bergembira
tetapi mereka bersedih
jangan terlalu gembira
tetapi bukan tidak boleh tidak bergembira
beserderhana sajalah kita
kerna kita tahu di dalam ketawa riang ada insan yang memerlukan
yang bersedih dengan keadaan yang menimpa
ajaklah mereka yang sedih ini bersama bergembira
dalam keadaan yang aman
jangan kite terlalu gembira sehingga boleh memecahkan perasaan insan lain
Oleh itu dalam kita bergembira jangan lupa yang tiada
semoga kegembiraan ini dapat dirasai bersama kemanisannya.
Carilah gembira tapi janganlah lupa pada diri yang sedang bersedih
kerna nikmat gembira itu hak untuk dikongsi bersama.