Siapa dia itu?
sesiapa sajalah tidak perlu secara detail menyebut namanya cukuplah dengan memuji kebaikannya sahaja.
tapi dengan kehadirannya membuat diri ini menjadi tenang
banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.
cerita suka duka dalam menempuh hidup di dunia ini.
tidak salah untuk berkongsi mungkin melaluinya boleh menyelesaikan masalah yang timbul
Hidup di dunia ini hanya sementara kadang hidup dan kadang mati
begitulah lumrahnya setiap hari yang di lalui
Insan ini muncul untuk memberi ilmu yang memang tidak wujud dalam mindaku
tapi ilmu ini amat bermanfaat untuk jalani hidup
Mungkin aku bertuah dengan kehadiran si dia ini, bukan hari ini tetapi sudah sekian lame
Tiada apa yang ku mahu darinya melainkan curahan ilmu padaku serta bimbingan ikhlas
darinya untukku.
Aku berdoa agar diri ini akan sentiasa berada dalam keberkatan dan mencari nilai hidup yang sebenar
ku harap insan ini akan sentiasa memberi satu semangat untukku bertatih dalam mengharungi
pelbagai macam dugaan dan ujian dalam hidup.
Semoga insan insan ini juga selalu berbahhagia di dalam hidupnya yang dicari.